Sukan yang mencabar ketangkasan minda dan fizikal itu mendapat sambutan masyarakat tanpa mengira lapisan umur.

Menurut Presiden Kelab MuayThai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Rosli Yaacob, sukan itu mengetengahkan tiga aspek utama yang menjadi kekuatan pada setiap pe­tinju iaitu fizikal, teknik dan taktik.

Selain itu, katanya, Muay Thai adalah teknik membela diri yang terdiri daripada tempur jarak dekat dan sederhana.

“Tiga aspek itu perlu ditekankan sekiranya mahu menjadi pe­tinju yang bijaksana dan terbaik dalam setiap persembahan yang dilakukan terutamanya dalam aspek kekuatan fizikal dan mental.

“Bagaimanapun, teknik pukulan serta taktik sebelum membuat pukulan dan pertahanan juga perlu diberi tumpuan agar tidak mudah ditundukkan pihak lawan,” katanya ketika ditemui.

Rosli berkata, Muay Thai memberi ketahanan fizikal di tahap maksimum dan pada masa sama melatih diri untuk berfikir de­ngan baik hasil daripada latihan yang disertai.

“Menariknya sukan ini, meskipun ia lasak dan menguji ketahanan fizikal namun boleh disertai semua pihak walaupun pernah mengalami kecederaan seperti patah tulang.

“Saya ingin mengucapkan te­rima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM kerana memberi peluang untuk memajukan sukan ini dalam kalangan anggota terma­suk pertandingan Muay Thai di Stadium Titiwangsa pada 7 dan 8 Ogos lalu,” ujarnya.