“Alhamdulillah...terima kasih kepada semua peminat-peminat dan warga Kerja LKCM (Lafazkan Kalimah Cintamu),” katanya dalam pesanan suara itu.

Kepada Utusan Online juga, Farid yang turut membintangi drama bersiri turut berjanji untuk terus memberikan yang terbaik buat penyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang selama ini menyokong saya dari mula saya terlibat dalam industri sehingga sekarang.

“Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik untuk anda semua,” katanya lagi.

Drama adaptasi novel itu berada di tempat pertama dalam senarai sohor kini di Malaysia, pada hari pertama ditayangkan.

Malah sehingga kini juga laman sosial Farid turut dihujani kata-kata sokongan yang rata-rata menyukai watak Tengku Ryan Amir yang dibawa Farid.

Selain Farid drama rantaian tersebut juga turut dibintangi Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.

Farid juga sempat berkongsi gambar promosi untuk drama ini di laman sosialnya sebentar tadi. Dengan kapsyen Now Showing #lafazkankalimahcintamu #trending ini adalah perkongsian kali pertama Farid selepas dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM12,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 15 Januari lalu.

Baru-baru ini Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle ini menjadi perhatian selepas ditahan reman bagi membantu siasatan selepas menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam. - UTUSAN ONLINE