Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya menjangka dapat mengutip kira-kira RM100 juta menerusi kempen bayaran kompaun pada kadar istimewa yang bermula dari 1 hingga 30 September ini.

“Mana-mana kompaun lama sebelum 1 September perlu dijelaskan sehingga 30 September ini untuk mendapat kadar khas yang ditetapkan iaitu RM20 untuk motosikal, RM30 untuk kereta dan RM50 untuk kenderaan berat.

“Tawaran ini diberi untuk menggalakkan orang ramai supaya membayar segera kompuan mereka untuk mengelak dikenakan tindakan mahkamah dan disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE