ZOHARI SULAIMAN

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, operasi itu akan dijalankan selepas perkhidmatan itu dihentikan Mei lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan.

Beliau berkata, bagaimanapun pengoperasian tren itu akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan ujian keselamatan yang telah dijalankan.

“Naik taraf ciri keselamatan tren dibuat secara berterusan dan kami berusaha keras bagi memastikan ia diselesaikan secepat mungkin dengan mematuhi segala aturan dan panduan.

“Sebagai operator KL Monorel, Rapid Rail ingin memohon maaf kepada pelanggan terhadap kesulitan yang disebabkan oleh ketiadaan tren empat gerabak. Kami tidak mempunyai pilihan demi kepentingan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE