Suasana trafik sesak sana sini dapat dilihat di ibu kota terutama hujung minggu dan cuti umum.

Diibaratkan sebagai ‘syurga beli-belah’, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) merupakan destinasi wajib untuk berbelanja dengan gedung beli-belah menawarkan jualan harga runtuh dan diskaun.

Cari sahaja apa yang anda mahu, baju Melayu, jubah, kurta, tudung, baju kurung, kasut, songkok, kopiah dan permaidani, segala-galanya dijual di situ.

Keunikkan yang ada di Jalan TAR semestinya jualan lelong yang dibuat pada malam terakhir Ramadan. - UTUSAN ONLINE