Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, pemberian tol percuma sempena Hari Kebangsaan itu sudah dilakukan sejak 2010 bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah bersama rakyat di negara ini.

“Litrak turut menawarkan diskaun tol sebanyak 20 sen untuk semua kelas kenderaan di Lebuhraya Sprint pada hari sama bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE