Kira-kira 150 pengguna terdiri daripada ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan warga Sekolah Kebangsaan Mantin mengambil bahagian dalam program itu.

Ceramah petua dan kaedah penjimatan elektrik di rumah di­sampaikan sendiri oleh Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Wan Ishak Soed sebagai menunjukkan komitmen tinggi daripada pengurusan TNB berkaitan penjimatan elektrik di rumah.

Menurut Wan Ishak, program tersebut turut diisi dengan soalan kuiz mengenai penjimatan elektrik, cara penggunaan barangan elektrik di rumah dan tips pembelian barangan elektrik.

“Pelbagai pemeran turut diadakan seperti keselamatan elektrik, pemeriksaan suis pemutus litar di rumah dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Mantin,” katanya.

Beliau berkata, TNB Negeri Sembilan merupakan penaja utama program itu bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak.