Menurut kenyataan TLDM, Lembaga Siasatan itu akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan jika ada pelanggaran terhadap SOP tersebut pihak TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana yang melanggar prosedur semasa menjalankan tugas.

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan TLDM akan membantu dengan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata kenyataan itu hari ini.

TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia ketika pukul 3.15 petang semalam. - UTUSAN ONLINE