Pengarah Eksekutif Pemba­ngunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, amat tidak wajar apabila ada tuduhan agensi penguatkuasaan itu mudah terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya, sebagai agensi yang berkait rapat dengan orang ramai, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak dinafikan terdedah de­ngan ruang dan peluang tersebut.

“Bagaimanapun perlu diingat DBKL terutama Jabatan Penguatkuasaan tidak sekali-kali berkompromi soal integriti.

“Usaha mempromosikan integriti, ke­telusan dan tadbir urus korporat yang baik dalam kala­ngan kakitangan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu beliau hadir me­nyaksikan 515 pegawai dan pe­nguat kuasa jabatan berkenaan menandatangani dan melafaz bacaan Ikrar Bebas Rasuah.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan, Ramlan Lajis dan Pengarah Jabatan Pe­nguatkuasaan DBKL, Ab. Salim Mansor.

Menurutnya, inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif yang dapat membantu usaha meme-rangi salah laku dengan adil dan saksama.

“Apa yang kami mahukan adalah sokongan orang ramai bagi memastikan DBKL dapat me-laksanakan tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik kepada warganya,” katanya.