Lebih mendukacitakan, kawasan yang dahulunya kecil kini merebak ke atas jalan tersebut hasil buangan sisa yang dipercayai daripada tapak pembinaan seperti sisa simen, kayu dan besi.

Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kawasan berkenaan akan dijadikan kawasan pembuangan sampah haram secara terbuka.

Sehubungan dengan itu, pihak berwajib diminta untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang berkenaan. - UTUSAN ONLINE