Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Ben Liew Pok Boon berkata, bil bagi bulan itu disedari melambung selepas kerja penukaran meter air baharu yang dilaksanakan kontraktor Syabas pada November tanpa memberi sebarang dokumen.

Katanya, peningkatan caj bilnya lebih 140 peratus itu menimbulkan persoalan kerana kes tersebut hanya berlaku pada meter kediamannya yang dihuni empat orang sahaja dalam kawasan kejiranan yang turut diganti meter airnya.

“Perkara tersebut sudah dipanjangkan kepada pihak Syabas dan hasil siasatan dan laporan yang diterima memaklumkan tiada sebarang kebocoran paip dikesan dan meter baharu itu didapati berada dalam keadaan sempurna.

“Kita akan bantu pengadu dengan memohon Syabas melakukan siasatan teknikal bagi meneliti bacaan meter agar tepat dan mampu meneruskan perjalanan,” katanya. - UTUSAN ONLINE