Dalam satu kenyataan hari ini, kementerianitu berkata ia akan memantau situasiberkenaan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati pengganas di Makkah...serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.

"Malaysia juga merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaansertarakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terbabitdalam serangan ini," kata kenyataan itu.

Media melaporkankejadian itu berlaku-kira-kira 1.5km dari Masjidilharam.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, orang awamboleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian 00966126727740 atau 00966126728019. - BERNAMA