-

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, hasil siasatan dilakukan pihaknya mendapati tiada sebarang permohonan permit atau lesen pengiklanan diterima daripada pihak terlibat .

“Pemohon perlu mengemukakan permohonan permit dan lesen untuk sebarang bentuk pengiklanan termasuk pemasangan kain rentang. “Syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan seperti digantung dari tarikh permit yang diluluskan, digantung di tempat yang dibenarkan dan perlu menggunakan bahasa kebangsaan juga perlu dipatuhi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tanda tanya dan rasa kurang senang orang ramai berhubung iklan minuman keras yang digantung di sebuah bangunan di Jalan Chan Sow Lin baru-baru ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kain rentang itu dipasang sebagai salah satu tujuan promosi pesta arak `Oktoberfest’ yang dijangka diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

“DBKL tidak akan berkompromi dengan iklan haram. Operasi diadakan dari semasa ke semasa bagi membendung masalah tersebut,” ujarnya.