Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, semua kanak-kanak berstatus tanpa warganegara dibenarkan mendaftar masuk ke sekolah jika melengkapkan semua keperluan seperti ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Mereka yang berstatus demikian dibenarkan mendaftar masuk ke sekolah apabila semua keperluan dokumen seperti yang diperlukan KPM dilengkapkn.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa JIM tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

habis//