Kementerian itu dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan individu yang menularkan laporan akhbar tahun lalu menerusi media sosial yang menyatakan harga LPG akan naik.

"LPG merupakan salah satu daripada lima barangan kawalan kementerian, tindakan menularkan perkara tidak tepat dianggap tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

"Mana-mana pihak disaran untuk merujuk terus kepada kementerian terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian terhadap sesuatu isu," kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian itu lagi, mana-mana pihak juga boleh mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu isu atau berita dengan membuat rujukan di portal Sebenarnya.My. - UTUSAN ONLINE