Malah beliau berkata, agensi itu bebas menjalankan sebarang proses mengikut prosedur yang ditetapkan dengan penuh kewibawaan.

“Sebarang tindakan daripada SPRM kita tidak akan campur tangan. Biarlah mereka (SPRM) menyelesaikan ikut kewibawaan dan ruang yang ada pada agensi itu, “ katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abdul Manaf dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. - UTUSAN ONLINE