Antara laluan yang terlibat dengan penutupan tersebut, termasuk Jalan Imbi, Jalan 1/77B, Jejambat Jalan Kampung Pandan, Jalan Davis dan Jalan Barat menghala ke Kampung Pandan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, penutupan secara berperingkat itu bermula pukul 3 pagi hingga 11.30 pagi.

“Beberapa laluan lain turut ditutup berperingkat bermula pukul 6.15 pagi hingga 10 pagi.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan mematuhi isyarat kawalan lalu lintas, selain dilarang meletak kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Menurut JPS, seramai 1,800 peserta membuat pendaftaran menyertai larian SMART Tunnel kali ini.

“Program SMART Tunnel Run 2017 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui JPS akan diadakan di Berjaya Times Square. Penganjuran itu merupakan kali kedua sejak Mac 2007.

“Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-85 penubuhan JPS Malaysia dan ulang tahun ke-10 pengoperasian Terowong SMART,” katanya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan melakukan pelepasan atau ‘flag off’ program larian tersebut pada hari berkenaan. - UTUSAN ONLINE