TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut berterima kasih terhadap laporan yang akan dibuat itu serta yakin akan menyerlahkan sisi benar mahupun fitnah dan tohmahan yang dihadapinya termasuk kerajaan.

Menurut Tengku Adnan, terdapat kumpulan yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membantah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan mereka dan sekitar Kuala Lumpur.

“Saya tidak akan berkompromi dengan tindakan pihak-pihak tertentu tersebut yang bertentangan dengan undang-undang dan adalah untuk kepentingan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Kok Wai untuk membuat laporan kepada SPRM terhadapnya berhubung jual beli 45 bidang tanah kerajaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang didakwa tidak melalui tender terbuka baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE