Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporatnya,Siti Zubaidah Zakaria berkata, ia sejajar dengan usaha pihak Syabas untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisen.

“Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit kelewatan untuk pengeluaran bil air bagi bulan ini. Tiada perubahan bagi kaedah pembayaran bil air melalui kaunter perkhidmatan cawangan Syabas, Pos Malaysia, MOL, ePay, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Bagi pembayaran bil air melalui saluran perbankan internet seperti CIMB Clicks, Maybank2U dan lain lain institusi perbankan di negara ini, pelanggan masih boleh melaksanakan transaksi bayaran atas talian tersebut melalui pilihan JomPAY,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Syabas di talian 15300 untuk sebarang bantuan dan maklumat lanjut. -UTUSAN ONLINE