Tempat kedua disandang pasukan Virtual Genesis (VG) dari Malaysia yang meraih RM30,000 diikuti Kids+Adults (Singapura) dengan menyandang tempat ketiga dengan hadiah RM15,000.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, beliau betul-betul ingin melihat semangat juang para peserta mengetengahkan bakat masing-masing di dalam pertandingan ini.

“Kami berharap kejohanan ini boleh membuka lebih banyak peluang kepada para pemenang untuk memenuhi impian mereka pada masa akan datang,” katanya.

Seramai 1,250 peserta daripada 250 pasukan, iaitu lima orang bagi setiap pasukan dari seluruh negara serta Singapura mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.-UTUSAN ONLINE