Ketua Hal Ehwal Media Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, permohonan yang diterima sehingga pukul 11 pagi itu tidak termasuk yang ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan antaranya memiliki lesen memandu.

“Seawal 7.30 pagi, sudah ada yang menunggu giliran untuk ditemuduga. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian mata dan dokumentasi selain menduduki ujian tulisan Bahasa Inggeris serta personaliti.

“Kita telah mengiklankan temuduga terbuka ini melalui media sosial khususnya ‘Facebook’ Myrapid yang mendapat lebih 98,000 tontonan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE