Bagi Raja Nong Chik, Lembah Pantai dan seluruh warganya a­da­lah sebahagian daripada jiwanya memandangkan lebih 30 tahun usia dihabiskan untuk berbakti dan berkhidmat kepada penduduk di kawasan ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, pelbagai asam garam kehidupan dilalui dalam usaha memastikan kualiti hidup penduduk dapat ditingkatkan seiring arus pembangunan dikecapi di ibu negara.

“Saya tetap berkhidmat sama ada diberi mandat atau tidak oleh rakyat sebagai wakil mereka kerana saya faham tentang permasalahan dihadapi mereka.

“Hubungan rapat bersama penduduk dalam pelbagai pe-ringkat umur dan jawatan menjadi kekuatan kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti meskipun berbeza fahaman dan ideologi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU-14) itu berkata, kerja keras telah dilaksanakan selama lima tahun lalu dan ia dibuktikan dengan pelbagai rekod pencapaian BN.

“Walaupun BN bukanlah parti yang sempurna, tetapi kami ada rekod pencapaian terbaik terutama apabila melaksanakan pelbagai program demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk.

“Begitu juga sewaktu saya bergelar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dari 2009 hingga 2013, pelbagai projek pembangunan telah dirangka dan dilaksana khusus-nya dalam soal perumahan rakyat dan infrastruktur,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Raja dalam kala­ngan penduduk mengakui amat menghargai keputusan pucuk pimpinan yang sekali lagi mele-takkan harapan tinggi kepada-nya untuk menawan semula kerusi tersebut.

“Ini adalah masa yang pa­ling tepat sekali untuk menawan kembali kerusi ini kerana selama dua penggal tiada jasa yang ditinggalkan wakil rakyat pembangkang melainkan hanya menangguk di air keruh.

“Saya minta rakyat pada kali ini­ bersatu untuk memastikan BN dapat merampas kembali Lembah Pantai.

“Janganlah terpedaya dengan tipu helah pembangkang sebaliknya lebih melihat apa yang te­lah dilaksana dan ditawarkan BN,” jelasnya.

Pertembungan tiga penju­ru di Parlimen Lembah Pantai pada PRU-14 dengan menyaksikan Raja Nong Chik Raja Zai-nal Abidin, mewakili BN, Fahmi Fadzil (PKR) dan Fauzi Abu Bakar (Pas).