KHAIRUL ANUWAR YUSOFF

Khairul Anuwar Yusoff, 50, berkata, beliau tidak kisah jika penghuni lain tidak senang de­ngan caranya itu kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepen-tingan bersama.

“Memang ada penghuni yang marah. Tayar kereta saya pernah dibocorkan dan disimbah cat, tetapi saya tidak kisah asalkan pada akhirnya semua yang saya lakukan membawa kepada kebaikan.

“Alhamdulillah, masalah sam­pah semakin berkurangan di blok A. Apabila kawasan menjadi bersih, penduduk boleh hidup de­ngan lebih selesa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Berkongsi pendekatan yang digunakan bersama-sama 17 ke­tua tingkat di blok tersebut, Khairul Anuwar berkata, peri­ngatan diberikan kepada setiap penghuni bahawa wajah pesalah yang membuang sampah akan dipamerkan di papan kenyataan.

“Ahli jawatankuasa perlu ‘satu kepala’ dan tidak jemu membuat kerja sukarela. Apabila kita nampak sampah di tepi lif, bungkusan sampah itu akan dibuka dan bukti seperti alamat kediaman pada surat atau bil utiliti mereka akan dicari.

“Jika dijumpai, kami akan ke rumah pesalah dan mengambil gambar mereka memegang sampah seterusnya dipamer di papan kenyataan sebagai tanda pengajaran agar tidak mengula­ngi perbuatan itu,” katanya.