Presiden Pertubuhan 5K Komuniti Pandan Selangor, R. Sivaneswaran berkata, runtuhan ekoran hujan lebat berterusan mengakibatkan tebing konkrit berhampiran kawasan premis termasuk lebih lapan buah lot parkir berhampiran turut terjejas.

“Tindakan segera daripada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya perlu diambil untuk mengukuhkan kawasan tebing termasuk menyelia struktur tanah di sekitar kawasan perumahan dan sekolah.


“Penduduk dan peniaga berasa tidak selamat dengan keadaan tersebut. Kejadian Selasa lalu turut mengakibatkan sebuah kereta jatuh ke dalam tebing sungai,” katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE