Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pementasan sepanjang satu jam 30 minit bertajuk Legasi Berdaulat Di Tanah Bertuah itu akan bermula pada pukul 8.30 malam termasuk persembahan tambahan.

“Pementasan itu melibatkan 70 pelakon terdiri daripada 40 kanak-kanak dan 20 dewasa. Program turut dimeriahkan dua selebriti tempatan iaitu Salman Al-Farisi Maharaja Lawak dan Mie Raja Lawak yang akan bertindak sebagai tokeh panggung dan pengisian slot tambahan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pementasan itu merupakan cerita dewasa yang dilakonkan kanak-kanak manakala penceritaannya adalah mengenai sejarah Selangor selain memaparkan sejarah ringkas masyarakat Bugis di Kuala Selangor dan Riau. - UTUSAN ONLINE