Pengerusi Persatuan Sahabat Taman Pudu Ulu, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemasangan CCTV yang beroperasi 24 jam itu diharap dapat mengawasi keselamatan pengunjung serta prasarana dan fasiliti sukan di taman rekreasi itu.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi unit berbasikal daripada Jabatan Penguatkuasaan akan turut memantau keselamatan di sekitar taman seluas 25.9 hektar itu.

“Tandas awam tambahan juga akan dibina ekoran keperluan mendesak dalam kalangan pengunjung warga emas selain usaha memperindahkan landskap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam tinjauan ke fasa kedua Taman Pudu Ulu hari ini yang turut disertai Pengarah Eksekutif Projek Pengurusan DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah dan wakil penduduk setempat. - UTUSAN ONLINE