Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, langkah itu berikutan pihaknya menerima permintaan tinggi daripada orang awam untuk menggunakan fasi-liti di dalam taman pada sebelah malam.

Bagaimanapun menurutnya, cadangan itu masih diperingkat kajian agar tidak menimbulkan sebarang masalah kelak.

“Pelbagai kemudahan perlu ditambahbaik sebelum keputusan itu dimuktamadkan antara-nya menambah pondok penga-wal keselamatan, lampu jalan dan sebagainya demi keselamatan orang awam.

“Buat masa sekarang, waktu operasi taman awam seperti Taman Melawati dan Taman Pudu Ulu pada pukul 7 pagi hingga 7 malam namun, akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam pada tahun hadapan.

“Perkara tersebut akan dibincang dan diteliti demi kesejahteraan orang awam. DBKL sentiasa prihatin dan peka dengan ke­perluan mereka sekali gus diharap dapat mengurangkan gejala tidak sihat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Pameran Orkid & Bonsai Kuala Lumpur 2017 (KLOBS 2017) di sini .

Katanya, antara taman yang dikenal pasti untuk beroperasi hingga lewat malam adalah Taman Pudu Ulu, Cheras dan Taman Titiwangsa.

Sementara itu, Mohd. Najib memberitahu, sebanyak 700 s-pesies orkid dan bonsai bakal dipamerkan di KLOBS 2017 yang akan berlangsung pada 2 hingga 10 Disember depan di Taman Pudu Ulu, Cheras.