EVA SUZANNA SUPARDI

Ini kerana seperti tahun-ta­hun sebelum dia dapat me­nyambutnya bersama-sama ke­luarga tercinta.

Menurut gadis berusia 30 tahun yang menetap di Klebang, Melaka itu, setiap kali hari raya, kepulangan abang dan dua kakak bersama keluarga di rumah ibu bapanya di Kampung Pinang amat dinantikan.

“Sudah pasti rumah kami cukup meriah apabila semua saudara mara berkumpul dan bagi saya saat itu adalah yang paling mengembirakan” kata ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sebagai persiapan menje-lang hari raya dia membantu ibunya, Noryanti Mohd., 55, membuat kuih raya kegemaran mereka sekeluarga seperti tart nanas, almond london dan popia nestum.

Eva Suzanna yang selesa dipanggil Eva merupakan eksekutif pentadbiran korporat di Putra Specialist Hospital Melaka (PSHM) sejak tiga tahun lalu.

Mengakui kerjaya yang diceburi ketika ini memboleh­kan­nya bertemu dengan ramai pelanggan dalam industri per­ubatan.

“Kerjaya ini memerlukan saya berjumpa dengan pelanggan dalam menjalankan kerja-kerja pemasaran dan promosi bersama rakan sepasukan yang terlibat menguruskan pelanggan PSHM di wilayah selatan meliputi Muar, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini, orang ramai kini sudah mula sedar tentang pentingnya kesihatan.

“Tugas kami adalah mencari pelanggan di syarikat-syarikat termasuk kilang, ins­titusi pengajian tinggi dengan membawa doktor untuk me­nyampaikan ceramah kesihatan dalam program kesedaran kesihatan yang dianjurkan,” katanya.

Dia yang juga gemar melancong itu mengakui selain Indonesia dan Thailand, dia sudah menjejak kaki ke Vietnam dan Australia.