Saya berharap pihak berwajib menyiasat kegiatan berkenaan kerana disyaki kawasan itu adalah tapak pelupusan sampah haram.

MAMAT,

Kuala Lumpur.

JAWAPAN: Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mendapati longgokan tersebut adalah dari jenis sisa binaan seperti batuan, tanah dan tar jalan yang telah dilonggokkan pihak tidak bertanggungjawab dalam kawasan berpagar di bawah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebagai langkah pencegahan, SWCorp telah membuat pemantauan rapi di sekitar kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta tangkapan mana-mana pihak yang cuba membuang sisa secara haram sekaligus memastikan supaya tidak berulang. Surat makluman kepada pihak TNB juga telah dilakukan dan memohon pihak TNB mengambil langkah sewajarnya untuk atasinya.

Justeru, SWCorp memberi amaran individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

MOHD. ZAHIR SHAARI,

Timbalan Pengarah (Operasi),

SWCorp Kuala Lumpur.