Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu akan bermula dari pukul 11 malam hingga 4 pagi bagi memberi laluan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memulakan kerja-kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk jalan berkenaan.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

“Bagi pengguna yang ingin ke Jalan Sultan Ismail atau ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, mereka dinasihat menggunakan Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter @AKLEHtrafik bagi mengikuti perkembangan semasa.

“Untuk maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways atau hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012. - UTUSAN ONLINE