Jurucakapnya berkata, ia merupakan sebahagian usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cordova bagi memastikan kebajikan masyarakat khususnya penduduk setempat dapat dipelihara.

“Pembinaan surau baharu ini adalah lebih moden berbanding sedia ada dan turut disediakan dengan kelengkapan serta kemudahan untuk kegunaan kariah. Sudah tentu rekabentuk surau yang bakal dibina ini lebih baik daripada sedia ada.

“Kami menghormati komuniti yang telah menggunakan surau ini selama bertahun-tahun. Oleh itu, pihak kami komited untuk membina semula dan melengkapkan surau baru,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas sesi perbincangan tertutup di Menara DBKL, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, surau baharu akan dibina tidak jauh daripada tapak asal sama ada di kawasan bersebelahan atau di seberang Jalan Ikan Ayu.

Cordova, tambahnya, masih membincangkan cadangan tersebut bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menentukan kawasan yang dilihat sesuai untuk dibangunkan rumah ibadat baharu untuk umat Islam setempat itu.