Menerusi satu catatan laman web www.evensi.com, kutipan dana dan sumbangan yang dikutip akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah kebajikan berkenaan dan tiada sebarang keuntungan dijana daripada program itu.

“Program ini memerlukan antara 30 hingga 40 orang sukarelawan dengan yuran pendaftaran dan sumbangan sebanyak RM50 dikenakan.

“Bayaran itu merangkumi caj masuk sukarelawan, makan tengah hari untuk peserta serta sumbangan untuk program,” katanya.

Sebarang pertanyaan berhubung program itu boleh dibuat dengan menghubungi Muhyiddin di talian 012 262 2309, Nabilah (019 400 0213) dan Farhah (013 223 9174). - UTUSAN ONLINE