Perkara tersebut diumunkan oleh Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo yang memberitahu keputusan Sultan Mizan dibuat atas faktor kuda yang tidak berada dalam keadaan baik.

Sultan Mizan sebelum ini berada dalam kontinjen Malaysia bagi temasya dwi-tahunan itu menerusi sukan ekuestrian acara kuda lasak. - UTUSAN ONLINE