Menerusi satu status dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum itu menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Musa di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Sultan Johor X70
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menguji kenderaan SUV pertama Proton, Proton X70 hari ini. - UTUSAN ONLINE/Johor Royal Press Office

Semasa kunjungan itu, baginda diberikan taklimat selama hampir sejam mengenai ciri-ciri istimewa dua model Proton X70, Executive AWD 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) dan remium 2WD 1.8 liter TGDI.

Baginda kemudiannya berkenan memandu uji model Proton X70 Executive AWD 1.8 liter TGDI. - UTUSAN ONLINE