Menurut Pengerusi Kongres, Ali Tukiran, inisiatif itu dilaksanakan pihak­nya sebagai salah satu aktviti untuk menyemai minat serta memupuk kesedaran orang ramai khususnya generasi muda memulihara alam sekitar ter­utamanya di Kampung Kuantan yang menjadi lokasi utama tum­puan kelip-kelip.

Katanya, kelip-kelip merupakan hidupan yang sensitif dengan perubahan ekosistem dan sebarang pembangunan yang dijalankan akan memberi kesan kepada bilangan populasi haiwan itu pada masa depan.

“Usaha ini sedikit seba­nyak dapat memulihara serta mengekalkan habitat kelip-kelip daripada ancaman kepupusan dan kemusnahan,” katanya semasa menghadiri program Jom Tanam Pokok Berembang dan Sayangi Sungai Selangor di sini.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan daripada Tenaga Nasional Berhad dan Persatuan Pendayung Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Jakiran Jacomah; Pengurus Kanan Jabatan Hal Ehwal Korporat TNB, Wan Hai­rul Razli Wan Ahmad Ku­shaari dan Pengerusi Pelitawanis TNB, Datin Ungku Ashiela Ungku Hamzah.

Dalam pada itu, Ali turut memberitahu pihaknya turut membersihkan sampah-sarap bagi memastikan sungai di kawasan habitat kelip-kelip ini tidak tercemar.

“Hasil daripada program itu, kita berjaya mengumpul kira-kira 450 kilogram sampah di kawasan ini.

“Kita harapkan orang ramai lebih peka dalam memastikan kebersihan persekitaran di kawasan ini dengan tidak membuat sampah sesuka hati,” ujarnya.