Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi seperti biasa selepas sebahagian besar kerja-kerja baik pulih bumbung di stesen itu selesai sekitar 6 petang tadi.

Menurutnya, baki kerja membaikpulih bumbung di bahagian atas landasan akan dilakukan kemudian ketika tamat waktu operasi tren yang memerlukan bekalan elektrik di atas landasan ditutup.

“Dalam kejadian tengah hari semalam, hujan lebat serta angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung di stesen berkenaan.

“Bertindak atas faktor keselamatan, pihak pengurusan LRT telah menutup sementara stesen tersebut bagi kerja-kerja pembersihan dan membaikpulih,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pihak pengurusan LRT Laluan Kelana Jaya merakamkan penghargaan kepada kesabaran pengguna perkhidmatan itu manakala status terkini perkhidmatan LRT boleh diperolehi melalui media sosial facebook.com/myrapid atau twitter @MyRapidKL. - UTUSAN ONLINE