SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan PRK Parlimen Sandakan yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Peti Surat 6000, 90715 Sandakan, Sabah.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 089-668746 atau 012-8426385 selain faks ke 089-669691,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM juga mengharapkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). - UTUSAN ONLINE