Solat hajat diadakan sejurus selepas solat Zohor berjemaah dan didahului dengan sesi tazkirah oleh ustaz-ustaz jemputan, ia diadakan serentak di ibupejabat korporat Prasarana di Menara UOA Bangsar, Kompleks Rapid Rail di Subang, Depoh LRT Ampang dan di Wisma Monorail, Brickfields.

Solat hajat dan doa secara serentak itu diadakan atas cadangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana yang baru, Puan Masnizam Hisham, malah upacara itu turut diadakan Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan di Balakong dan di depot Rapid Penang di Lorong Kulit, Georgetown serta Depoh Rapid Kuantan di Semambu, Kuantan.

Sesi tazkirah adalah bertemakan kepada tajuk ‘Amanah, Tanggungjawab Majikan dan Pekerja’, yang fokus kepada nilai-nilai perlu didokong oleh seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana dalam menunaikan tugas harian mereka.

Intipati daripada tazkirah-tazkirah berkenaan adalah dalam melaksanakan tugas-tugas harian ini dan perlu dijadikan sebagai satu ibadat, yang sekali gus dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab, ikhlas dan berintegriti.

Masnizam dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana pada 18 Januari lalu menggantikan Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE