Pengetuanya, Rosidah Harun berkata, pihak sekolah hanya boleh memantau masalah disiplin pelajar di dalam kawasan sekolah sahaja dan apabila mereka berada luar kawasan bukan lagi dalam pengawasan pihak guru.

“Justeru, kerjasama dengan pihak polis adalah antara meka-nisme yang dilihat mampu membendung masalah ini daripada terus berleluasa dan menjadi amalan dalam kalangan pelajar,” katanya.

Rosidah berkata demikian ketika ditemui dalam Program 9DS Malim (Dimensi Sentuhan) 2017 di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Malim di sini.

Majlis dirasmikan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, In-spektor Mohd. Abdah Jalaluddin.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Malim, Datuk Mokhtar Haron dan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM), Saleh Abdul Wahid.

Rosidah memberitahu, orang ramai boleh menghubungi nombor hotline SMK Malim 011-565­02417 atau 011 24022844 sekiranya ingin membuat laporan mengenai pelajar ponteng.