ADFIAP adalah pusat untuk semua bank pembangunan dan institusi kewangan yang terlibat di dalam pembiayaan kewangan pembangunan di rantau Asia Pasifik.

Menurut SME Bank, Sukses adalah sebuah rancangan bual bicara yang menyingkap kisah kejayaan usahawan-usahawan tempatan, perkembangan terkini yang ditawarkan SME Bank serta pembangunan sektor itu secara amnya.

Katanya, Sukses disiarkan pada 8.30 malam setiap Jumaat di Astro Awani (saluran 501) adalah program televisyen yang memaparkan kisah kejayaan PKS tempatan.

“Kami menyifatkan kejayaan merangkul anugerah Laporan Kemapanan Terbaik sebagai bukti terhadap usaha menjadi entiti mapan serta menekankan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah ADFIAP 2018 itu diadakan bersempena mesyuarat tahunan ke-41 selama tiga hari yang akan berakhir esok.

Tema untuk mesyuarat kali ini adalah ‘Menggalakkan Pembangunan yang Menyeluruh dan Mampan - Fungsi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)’.

Tema tersebut dipilih untuk memberi penekanan kepada IKP di seluruh dunia tentang keperluan untuk memastikan pembangunan lestari dalam usaha menentukan keseimbangan ekonomi, sosial, dan aspek persekitaran apabila membiayai atau melabur di dalam projek.

ADFIAP yang ditubuhkan pada 1976 dianggotai oleh 131 institusi di 45 buah negara ketika ini.

Habis.