Yang Dipertua PIBG SK Taman Samudra, Farizah Mohd Ramli berkata, program tersebut akan berlansung pada Ahad ini bermula pukul 7.30 pagi di Padang Awam Surau al-Ikhwan Taman Samudra, Batu Caves.

“Kami mengalu-alukan penyertaan semua pihak dan menyasarkan sebanyak 500 peserta memandangkan tarikh yang dipilih adalah semasa cuti sekolah.

“Diharapkan usaha ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengumpul dana yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi penganjur di talian 018 2728175 (Zuhariati Baharun) atau 019 2721446 (Mohamad Hidir Wahab). - UTUSAN ONLINE