Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan meminta bantuan Kementerian Kewangan bagi menyediakan dana secukupnya untuk kerja-kerja berkenaan berikutan sekolah itu berada dalam keadaan darurat.

“Kontraktor juga akan dilantik dalam masa terdekat supaya murid-murid dapat kembali belajar dengan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tiga Dekad Persatuan Persahabatan Alumni ASEAN-Jepun Abad ke 21 Malaysia (Pamaja) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE