Pengetua St. John’s Institution (SJI), Manmohan Singh Kartar Singh berkata, kejayaan itu diperoleh melalui persembahan Ameerul Eyzam Zaipol Nizam yang mengetepikan saingan hebat daripada tujuh buah negara bertanding antaranya Filipina, Singapura, Poland dan Taiwan.

“Selain itu, pasukan SJINBC turut meraih tempat kedua untuk kategori ‘Colour Guard’ dan tempat kelima bagi pertandingan ‘Brass Battle’.

“Kejayaan ini mampu menyuntik semangat kepada pasukan pancaragam untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE