Bertempat di Concourse Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon, acara yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 2 petang yang memasuki edisi keempat itu akan menyaksikan pelancaran buku Cadet Corp SJI sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-100.

Menurut Presiden SJAA, Isham Ishak, antara kelainan yang ditampilkan adalah penyerahan sijil penghargaan kepada ahli alumni, penyerahan penajaan sukan SJI selain penekanan kepada elemen Johannian Prihatin (SJAACares) dalam aktivitinya.

“Penyertaan edisi kali ini amat signifikan apabila bekas-bekas pelajar seawal tahun 1965 hinggalah 2011 sudah mengesahkan kehadiran. Pada mulanya, kami hanya menyasarkan seramai 100 orang bekas pelajar.

“Namun kini sudah lebih daripada 150 orang bekas pelajar telah mendaftarkan diri dan angka ini dijangka meningkat dalam tempoh terdekat, “ ujarnya yang berharap alumni SJI akan terus menyokong SJAA dalam menjayakan pelan jangka panjang persatuan tersebut.

Untuk keterangan lanjut, bekas pelajar SJI boleh melayari laman Facebook SJAA ataupun menghubungi Azman Halim (SJI 82) di talian 019-323 7620, Ahmad Fitri (SJI 96) 017-373 6570 atau Abdul Hafiz (SJI 2001) 012-622 5453. - UTUSAN ONLINE