Menurut satu kenyataan, sesi uji bakat untuk zon Timur ini adalah siri jelajah yang kedua selepas di Sungai Petani, Kedah (zon utara) pada 16 Disember tahun lalu.

“AHM yang sudah memasuki musim ketiga ini adalah acara tradisi bagi mencari wajah penghias kulit majalah Hijab Fesyen terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB).

“Orang ramai yang ingin melihat aktiviti AHM secara lansung boleh mengikutinya di laman sosial Instagram @hijabfesyen_magz dan Facebook Hijab Fesyen,” ujar kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE