Dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, turut dirampas ialah sejumlah dadah seberat 272.19 gram yang bernilai RM25,000.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua mereka berusia 29 hingga 42 tahun itu kini direman empat hari bermula semalam.

Beliau memberitahu, serbuan tersebut adalah atas maklumat orang awam dan hasil risikan yang dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Wangsa Maju.

“Semasa serbuan, kita menemukan sebanyak 14 bungkus ketulan kristal disyaki syabu pada badan suspek pertama.

“Pemeriksaan lanjut di premis kemudian menjumpai empat bungkusan disyaki ketamin dan 88 pil dipercayai eramin 5 dan pada suspek ketiga pula, polis temukan sebungkus ketulan kristal disyaki syabu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad Roy berkata, ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah jenis ganja.

“Dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod bersabit kes dadah dan jenayah.

“Selain itu, salah seorang daripada mereka baru sebulan keluar daripada penjara selepas menjalani hukuman bersabit kes dadah,” katanya.

habis