Sime Darby Plantation dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, sijil penubuhan subsidiari tersebut dikeluarkan pada 19 Mac dan diterima oleh Sime Darby Netherlands B.V. yang juga subsidiari tidak langsung miliknya.

“SDONA adalah subsidiari milik penuh Sime Darby Netherlands B.V. dan ditubuhkan sebagai syarikat Sendirian Berhad di AS di bawah undang-undang korporat am Delaware.

“Keseluruhan modal saham diterbitkan adalah AS$1 (RM4.07) terdiri daripada 100 saham biasa yang dipegang oleh Sime Darby Netherlands B.V. Aktiviti prinsipal SDONA adalah untuk jualan dan pemasaran produk minyak sayuran di Amerika Utara dan masih belum memulakan operasi,” katanya di sini hari ini.

Tambah syarikat itu, penubuhan SDONA dijangka tidak memberi kesan material kepada pendapatan atau aset bersih Sime Darby Plantation Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

“Tiada sesiapa pun termasuk pengarah atau pemegang saham utama Sime Darby Plantation atau individu yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan sama ada secara terus atau tidak dalam penubuhan SDONA,” katanya. - UTUSAN ONLINE