Pengguna berpeluang untuk membeli e-baucar pakej servis dan seterusnya boleh menghubungi bengkel untuk membuat temu janji bagi menebus pembelian itu di 45 buah bengkel jenama Shell Helix yang mengambil bahagian.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, kerjasama itu akan membolehkan syarikat mengambil peluang trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dengan pasaran yang lebih luas.

“Kerjasama dengan jenama pasaran dalam talian 11street ini akan menawarkan kemudahan yang tidak pernah tersedia sebelum ini kepada para pemandu dari segi penyelenggaraan kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sempena pengumuman itu, Shell Helix dan 11street turut mengadakan peraduan Belanja & Menang! hingga 29 April ini, pengguna yang membeli pakej servis di 11street berpeluang untuk memenangi kredit membeli-belah bernilai RM500.

Sementara itu, Naib Presiden Perdagangan 11street, Bruce Lim berkata, kerjasama itu membantu pengguna mengurangkan masa menunggu untuk menjalankan servis kereta, selain membuat temu janji dengan mudah mengikut kesesuaian.

“Ini merupakan masa yang benar-benar mengujakan buat orang ramai kerana kerjasama dengan Shell ini akan mengubah cara bagaimana kita mengakses perkhidmatan penyelenggaraan kereta dengan mudah, pantas dan selesa,” ujar beliau.

Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (Share) di www.shell.com.my/share dan berpeluang menikmati pelbagai ganjaran.

Selain itu, kereta yang berusia kurang dari lapan tahun atau bacaan odometer 150,000 kilometer berpeluang mendapatkan Jaminan Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila menjalankan servis Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.