Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, kanopi berkenaan diagihkan untuk kegunaan dan keselesaan pengunjung terutama waris ketika mengunjungi tanah perkuburan.

Menurutnya, program kali ketujuh penganjurannya itu turut dijayakan dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Selain program tersebut, SHEB bersama sebuah pasukan dikenali ‘Team RD’ turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan membantu golongan kurang bernasib baik setiap tahun.

“Pada Ramadan kali ini, sebanyak 500 pek beras dan gula disumbangkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, selain bantuan misi banjir,” katanya kepada pemberita ketika sumbangan kanopi kepada Jawi di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jawi, Abd. Aziz Jusoh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Saharudin Zainal Abidin. - UTUSAN ONLINE