Beliau yang berpengalaman selama 15 tahun dalam aktiviti memancing itu berjaya menaikkan ikan patin seberat 7.69 kilogram sekali gus membolehkannya membawa wang tunai RM8,000 serta barang iringan Oishi Green Tea dan Igloo-UFL.

Tempat kedua, Salman Harun yang menaikkan ikan spe­sies sama seberat 7.290 kg pula membawa pulang RM3,000, manakala Tajudin Mohd Nawi yang menaikkan ikan belida seberat 7.045 kg di tempat ketiga dan membawa pulang RM1,000 .

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Hasliza Abd. Hamid.

Menurutnya, pertandingan bertema Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera kali ini antara lain bertujuan merapatkan hubungan keluarga melalui aktiviti riadah di tasik kendalian DBKL.

“Kita beri peluang kepada peserta terutama warga kota untuk bersama-sama memeriahkan program yang dianjurkan ini,” katanya.

JPKL akan kembali semula di Taman Tasik Permaisuri, Kepong pada 29 Julai 2018. Mereka yang berminat boleh melayari laman sosial facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811 untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE